
Ini senario yang berlaku di negeri Kelantan bila bilangan penagih dadah dan pengidap HIV AIDS paling ramai di negeri Kelantan..Nik Ajis dengan mudahnya mengatakan ianya berpunca dari Mahathir kerana tidak membenarkan Kanun Jenayah 2 kelantan dilaksanakan.Satu persoalan dalam hukum hudud bolehkan mereka yang mengidap penyakit AIDS di jatuhkan hukuman dibawah hudud. Sedangkan hudud di khaskan kepada mereka yang mencuri,berzina dan minum arak. Bagi menjatuhkan hukum hudud pula memerlukan saksi mata yang sah seramai 4 orang.
Jika penagih dadah itu bertukar-tukar jarum suntikan lalu dijangkiti AIDS adakah hukuman hudud boleh dilakukan keatasnya. Jika seorang perempuan pula yang melakukan zina ditempat yang tersembunyi dengan pembawa HIV AIDS bolehkan hukuman rejam sampai mati atau rotan 100 kali dikenakan keatasnya sedang tiada saksi yang nampak dia berzina.
Jelas sekali dalam pertambahan penagih dadah dan pembawa HIV dan AIDS ini tidak bersangkutan lansung dengan Mahathir. Apa yang berlaku mereka semua kurang didikan agama yang menjadi benteng utama mengapa mereka menjadi penagih dadah dan penzina.Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh Pas.Apa yang dibuat oleh 13 exco dan 13 Timbalan Exco kerajaan negeri Kelantan yang pagi,tengahari,petang,senja,malam dan subuh berceramah.Adakah hanya bercerita tentang keburukkan UMNO dan BN sahaja atau terus menjaja cerita yang undi pas masuk syurga..lalu penangih dan penzina ini terus berlaku kerana mereka kata undi pas masuk syurga.Kenapa dalam setiap kali ceramah tidak diselitkan dengan sedikit penerangan tentang HIV dan AIDS ni…..Janganlah kerana nak undi hanya pandai mencari salah..tapi lupa tanggungjawab sendiri.Janganlah kita gagal menjalankan tanggungjawab maka kera dihutan nak kita salahkan…sedang anak berzina dalam rumah kita diamkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan