Jumaat, 16 September 2011 | |

MAT SABU SENGAJA CARI PUBLISITI MURAHAN.

Mat sabu cuba menjadi hero orang-orang bukan Islam dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang negara. Sebagai orang nombor dua PAS, Mat Sabu perlu berbuat sesuatu bagi meningkatkan sokongan ahli pas kepada mereka. Mat Sabu sedar sokongan ahli-ahli bawahan kepadanya amat penting kerana golongan terpelajar tidak akan bersama Mat Sabu disebabkan  tahap pelajarannya yang rendah. Mat Sabu pernah dihadapkan ke badan disiplin PAS kerana mengurus pelajar ke Iran dari kalangan ahli PAS dulu.
         Kita tidak pelik apabila Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai perwira negara kerana dia bercakap atas kapasiti golongan tidak terpelajar dan apa yang dia cakapkan adalah percakapan golongan sepertinya di peringkat parlimen kedai kopi. Metaliti "kedai kopi" ini yang PAS terima apabila seorang ketua berpendidikan kedai kopi diangkat menjadi pemimpin.
       Cuba kita bayangkan seandainya PR memerintah negara, Mat Sabu pastinya dilantik menjadi salah seorang menteri penting. Boleh berlaku juga Mat Sabu diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bayangkan seorang kelulusan SPM menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Ini yang cuba dilakukan oleh Mat Sabu sekarang, dengan mendapatkan sokongan terutama daripada DAP dan golongan DAP yang menyerap dalam PKR untuk mendapat tempat sebagai ahli Perlimen.

0 ulasan:

Catat Ulasan